Google Search

Google

Jumaat, 4 April 2008

Perniagaan Internet


Anda merupakan peniaga atau pedagang yang mempunyai produk

atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada prospek.

Jika anda mempunyai urusniaga yang berlangsung secara online maka

ianya adalah dalam kategori ini. Sama ada anda mempunyai perniagaan

dunia nyata atau keseluruhannya maya, perniagaan internet adalah satu

peluang yang dapat melipatgandakan keuntungan perniagaan anda.

Pasaran anda adalah satu dunia. Tambahan lagi, 90% urusniaga dapat

diautomasikan. Kos dapat dikurangkan dengan begitu banyak sekali.

Selebihnya adalah untung bersih yang amat lumayan!

Anda akan terperanjat jika mengetahui bahawa adalah lebih mudah

menjadi kaya raya melalui perniagaan dan bukannya pelaburan. Malahan

perniagaan lebih mudah diuruskan dan rendah risikonya. Sebabnya,

semua urusan dan kawalan berada sepenuhnya ditangan anda,

bukannya orang lain.Seorang jutawan internet mendedahkan

pengalamannya. Beliau menjadi jutawan selepas 5 tahun menggandakan

wangnya melalui pelbagai instrumen pelaburan. Lebih memeranjatkan lagi,

apabila beliau memulakan perniagaan sendiri, untuk mendapatkan

1 juta hasil keuntungan perniagaan hanya mengambil masa beberapa

bulan!Mengapa boleh jadi begitu? Mari kita bongkar rahsia ini

bersama... Pelaburan yang berkualiti dan konservatif akan memberi

pulangan keuntungan purata sekitar antara 8% ke 15% setahun.

Jika anda laburkan RM100 dengan pulangan 15% setiap tahun,

berapa tahun yang diperlukan untuk ianya menjadi 2 kali ganda?

Jawapannya, 5 tahun.Jika anda mempunyai RM100 untuk

memulakan perniagaan internet, berapa lama masa yang perlu

anda ambil untuk menjadikannya 2 kali ganda?

Satu cara untuk berjaya seperti seorang jutawan tanpa perlu

menyewa kedai atau gedung

perniagaan yang besar. Innya adalah melalui INTERNET...

Tiada ulasan: